Selamat tahun baru..... kih3.... utk bl0g ni la... letih gak brsihkn sawang2 kt dlm bl0g ni td. Maklum la, bru nk update utk thn ni. Da la ala kdar je, xde pngujung p0n... =P
0k la, sbnrnye bru2 ni aku ade d0k belek2 fail lame aku n t'jmpe artikel( ke??) yg aku simpan dari dipl0ma dlu.Tak silap dpt mse KKI(kursus kefahaman Islam) dlu, tak p0n jumpe kt surau mse UiTM swk nth... So, aku nk k0ngsi la kt k0rg sume.... Pasal lepas aku bce bnde ni dlu, aku terus setuju dan sedar... (walaup0n takde kaitan ngn aku sgt.. kon0n...) =P
Sila la bace dial0g ni (mezti bace smpai abez!! penat taip tau.. huhu..)
KAMI TIDAK BERZINA
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awk menghampiri zina.
KAMI HANYA BERBUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR, MINUM-MINUM... ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU....
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dlm bahaya. Jgn bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah byk tipu daya iblis yg mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Jgn pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya byk. Ada lebih 1001 cara. Ingat pesan Rasulullah: Jgnlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA PERZINAAN. ADA YANG HANYA BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!!!
Betul Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasukan iblis, akan mengheret kpd suatu pertemuan. Pertemuaan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH??? ITU PUN ZINA KE?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina. Zina hati iaitu khayalan berahi dgn kekasih seperti mana yg dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut jua berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan abu Daud). Sebenarnya jln dan lorong menuju kpd perzinaan amat byk. Jgn biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jln atau lorong yg boleh membawa kpd perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN PUN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? jgnlah tipu. Allah tahu apa yg terselit di dlm hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan itu tidak membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lagilah. Jgn berselindung disebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd orang yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?
SUNGGUH! BINCANG PELAJAR SAHAJA. NI STUDY GROUP....
Study group...? nampak mcm lain saja, manja, senyum memanjang, tak mcm gaya berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-mana pun berdua, kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-dua mcm ni... betul ke bincang pelajaran? Jgn-jgn sekejap saja bincang pelajan, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!
TIDAKLAH... SUNGGUH BINCANG PELAJARAN....
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awka berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
KAMI SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI...
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kau sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak diganggu, dapat berkat dan rahat pula.
TAKKANLAH TAK ADA RUANG LANGSUNG YG DIBENARKAN DLM ISLAM UTK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian drp kesempurnaan kajadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorng, tak normal namanya. Islam bukan datang dan membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa jika perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan manusia sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri dan nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku secara ijab qabul: cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan kudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inila kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melang cinta antara lelaki dan perempuan sblm kahwin, ia membawa "sesuatu" sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai iaitu nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PERZINAAN?
Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga mlm gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tgn, duduk makin dekat. Kalau tadi mcm kwn, sekarang mcm pengantin baru semalam..... Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dlm keadaan bersih tanpa noda drp seekor nyamuk sekalipun!
MASIH RAMAI ORG YG BERCINTA TETAPI SELAMAT, TIDAK SAMPAI BERZINA... KAMI TAHAN DIUJI...
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.
JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI???
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahawa mereka tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu perkara utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn mkn buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dlm syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu menghampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari org-org yg zalim. (al-A'araf:19)
Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana merka tidak dpt mengawal diri. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn codaan perzinaan kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drp pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
UNTUK MENGENALI HATI BUDI PASANGAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN BERKHAWIN.... TETAPI CINTA LEPAS KHAWIN BYK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH CARA UTK MENGENALI PASANGAN....
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbaza. Mcm langit dgn bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI...
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagian. Allah yg akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
TANYA SIKIT... ADIK ANGKAT, ABG ANGKAT, KAKAK ANGKAT BOLEH KE??? GANTI BERCINTA...
Semua itu adalah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, abg angkat, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.
JADI SEOLAH-OLAH ORG YG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI???
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Org yg sdg mabuk bercinta akan menyatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan menyatakan yg org bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
ADAKAH ORG YG BERCINTA HILANG MARUAH?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:
Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnya melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman. (Surah al-Nur: 3)
Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan?
JADI ORG YG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DGN ORG YG PERNAH BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.
KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI...
Ada apa pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj. Habis madu sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
SI DIA INI LAIN DARI YG LAIN... DIA LELAKI YG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJWB...
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorng wanita sbg isteri dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok, suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
JADI, PEREMPUAN BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PD PANDANGAN LELAKI?
Tentu. Mana ada lelaki normal suka pd brg yg '2nd hand' sedangkan brg yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
MASIH ADAKAH ORG YG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kacil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drp melakukan zina)...Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar. (al-Ahzaab: 35)
BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta memohon keampunan dariNya. Mohon petunjuk dan kekuatan utk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama
isteri atau suami. Saatnya adalah slps Ijab Kabul.
Ya Allah. HambaMu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih kpd org lain. Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatku... ~_~
p/s: pjg tak ingat.... hehee.... =P